About Me

My photo
Assalamualaikum.. Ini Dunia aku.. Ini Minat aku.. Kita semua berpijak di bumi yang sama, tapi kita punya dunia tersendiri. Walau siapa pun kita, jangan pernah lupa pada yang ESA .

Wednesday, February 19, 2014

Ehhhh.... Semester 6 dah!!!!

16 February bermulalah kehidupan aku sebagai pelajar semester 6..

Sedar tak sedar 3 tahun dah aku kat UMK ni, Alhamdulilah setakat ni segala2nya berjalan dengan lancar. 

Dugaan dan cabaran tu pasti ada, tapi perlulah tuk ditempuhi dengan tabah kan. heee~

Dan semester ni bermulalah PPTA kami sebagai pelajar tahun akhir nati. Fuhhhh cuak gak 
sebenarnya bila pikirkan pasal PPTA ni.. 

Tapi relaks je la kan. Insyallah aku boleh harungi ni semua kan. huhuh

Hmmmm permulaan sem 6 mcm mane ek?? 

Aku rasa sangat sibuk aku walaupun baru seminggu je naik sem. 

Heee mana taknya, baru hari pertama start sem aku dah dapat tugas tuk serve Mantan Perdana Menteri yg  mesra dipanggil Pak Lah selama dua hari. 

Tapi segalanya tak berakhir di situ apabila selesai tugas serve Pak Lah kami kena sambung tugas serve para pelajar UMK plak tuk hari Amanat NC. Fuhhh mmg padat gak jadual aku dibuatnya..

Tu kira tugasan sebagai pelajar hospitality.. Tak kira lagi meeting2 yang aku perlu hadiri. Meeting Kelab Debat lagi nak2 sem ni banyak program Kelab Debat dah rancang.. Harap2 semua rancangan Kelab kami diluluskan dan dipermudahkan. Amin!!!! 

Tapi sejujurnya, aku lebih suka kalau diri aku ni sentiasa sibuk dengan pelbagai perkara. Aku jenis tak suka duduk je kat bilik sebenarnya.. Seronok kalau aku dapat sibukkan diri aku dengan pelbagai benda. 

Sebab tu sem ni banyak je rancangan yang aku nak laksanakan. Dan aku harap dapatlah 
nak laksanakan semua ni. Janganlah ada yang sangkut.

Walaupun aku bakal sibuk dengan PPTA tp tu semua tak menghalang aku tuk buat aktiviti luar daripada bidang tugas seorang pelajar horpitaliti.

Note : aku harap sem ni sem yang penuh dengan warna-warni serta bermanfaat berbanding semester yang lain. Insyallah :Dx

No comments:

Post a Comment