About Me

My photo
Assalamualaikum.. Ini Dunia aku.. Ini Minat aku.. Kita semua berpijak di bumi yang sama, tapi kita punya dunia tersendiri. Walau siapa pun kita, jangan pernah lupa pada yang ESA .

Wednesday, March 9, 2016

Hilang Mencari Pengalaman

lama rasanya aku menyepi dari dunia blogger ni..

Dulu kerap jugak aku singgah dan mencoret sedikit catatan, tapi entah kenapa setahun lebih aku tinggalkan..

Mungkin kekangan masa, kadang2 aku sendiri takda masa untuk diri sendiri..

Banyak kisah yang berlaku sepanjang aku tinggalkan blog ni, mungkin aku akan share di entry yang akan datang..

Sekarang bagi aku fikir nak cerita apa dulu ye, jumpa lagi nati... :)

Tuesday, December 30, 2014

Sukar Untuk Melupakan ~


Rasaku kamu ada
di setiap sedih dan juga senangku
rasanya kamu sudah menjadi bintang
terang hidupku

Chorus:
Masih kurang rasaku
mencintai hatimu
ingin aku jadi terbaik bagimu

Masih kurangkah aku
menyayangi hatimu
mahu aku mengganti setiap
sukar mu dengan tenang

Rasaku kamu ada
di saat senyum juga tangisku
Rasanya Kamu sudah jadi yang
terbaik bagi aku

Ulang Chorus

Masih kurangkah aku
menyayangi hatimu
mahu aku mengganti setiap
sukar mu



Kenapalah sukar untuk aku melupakan kau...

Aku tak nak ada apa-apa yang berkaitan dengan kau...

Aku tak nak sakit disebabkan kau...

Makin aku rasa nak jauh, makin dekat aku rasa...

Mungkin kau singgah sebagai dugaan dan ujian buat aku...

Mungkin aku perlu kuat dan pasrah...

Monday, October 20, 2014

DUGAAN CABARAN KETABAHAN

Assalamualaikum buat semua...

Sejak akhir-akhir ini, aku dapat rasakan tekanan dari sekeliling aku.

Terlalu banyak, sehingga aku rasa kenapa aku? kenapa aku? kenapa aku?

Semuanya datang serentak, sakit aku rasakan untuk semua itu.

Kenapa aku??

Adakah aku yang terpilih untuk tempuh semua ini??

Aku ke??

Tapi kenapa??

Semua ni persoalan besar, tapi sampai bila aku nak mempersoalkan perkara ni

Sebab ini dah takdir aku, aku dah ditakdirkan untuk tempuh, hadapi semua perkara ini

Ya, tipu la kalau aku tak tertekan, tipu la kalau sampai satu tahap aku hampir mengalah

Tapi aku tak boleh biarkan semua tu macam tu sahaja.

Nak tak nak, aku kena jugak tempuh semua ini walaupun sakitnya susah nak digambarkan

Aku hanya memohon kekuatan dari Allah S.W.T sahaja sekarang ni..

Lindungilah kedua ibubapa ku Ya Allah ~

Sunday, September 28, 2014

Eh aku ke?????


Assalamualaikum... 

haaaaa tgk tajuk mesti anda tertanya2 kan.. 

jeng ... jeng ....

Hari ni nak cerit simple je. Pasal kuliah hari ni. tadi petang ada kuliah dengan En. fauzan ( aku rasa mcm best gak belajar ngan dia, dia pun sebaya je

En.Fauzan ni ajar subjek Seminar Dalam Hospitality.

Nak disenangkan cerita, tadi dia nak buat pemilihan komitee untuk buat field trip. nak mudahkan kerja dia suruh la budak2 kelas sendiri yang pilih... Hahaha dalam hati aku cakap, cnfrm aku lepas.

TIBA- TIBA aku mcm terdengar nama aku disebut dari belakang .. Aku trus terkejut, biar betul diorang ni. hahahaha

Lepas tu sir kata " boleh tak angkat tangan, berdiri dan sebut nama "

Lepastu ada la sorang kawan aku ni bangun, tiba2 dia sebut.... Aizatul Husna!!!!! perhhhhh

Terus Sir tnya, sapa Aizatul Husna, urmmm nak tak nak aku pun angkat la tangan...

Then Sir kata " awak boleh x??? " Aku angguk TIBA-TIBA sir tnya lagi

"dia boleh buat kerja tak??? laju je dgn lantang diorang semua cakap BOLEHHHHH!!!!!!!! " hahaha kelakar plak aku rasa.. 

Dah tu sir kata, haa mai keluar dok depan. Aku pun g la depan tapi diri tepi stage je la. Pastu dia cakap lagi " mai la dok atas stage ni dengan saya " Aduhhhhhhh, pasrah je la.. hahaha

Sejujurnya aku tak kesah pun nak handle benda2 ni semua sbb aku pun dah biasa dan aku mmg SUKA buat semua ni. hehehehe.

Insyallah aku akan laksanakan sebaik mungkin, sbb diorang dah beri kepercayaan kat aku 





Jika dia untukku ~

~ HM ~

Saturday, September 27, 2014

AKU DAN DEBAT

Assalamualaikum, 

Pelajar tahun akhir, final year student

Haaaa tulah aku sekarang ni. Dah masuk sem 7 pun maka dengan rasmi dah jadi pelajar tahun akhir la aku ni.

Apa perasaan aku sebenarnya??? Ntah la, aku pun xtau nak gambarkan perasaan aku ni sebenar2nya


Gembira, sedih, takut, gementar???

Semua tu ada.. 

Yelah mestilah gembira sebab boleh grad dah tak lama lagi tp dalam masa yang sama aku sedih..

Aku sedih untuk tinggalkan kelab yang paling aku sayang yang sama2 dengan aku dari sem 1lagi. Sapa yang kenal aku tau la kelab apa maksud aku td tu.

Apa lagi kalau bukan KELAB DEBAT.... satu2nya kelab yang aku sayang.

Aku sedih dan takut nak tinggalkan kelab ni. Banyak sangat kenangan pengalaman aku dengan kelab ni. 

kelab ni mengajar aku macam2 benda, kelab ni jugaklah yang mengubah identiti aku.

Banyak sangat jasa kelab ni tuk diri aku. Rasa mcm xnak keluar dan tinggalkan kelab ni sampai bila2 pun walaupun aku dah grad nati. 

Aku pasti akan rindu saat berlatih sama2, kena marah, pergi pertandingan sama2..

macam2 perasaan ada, gembira, sedih, takut nak berlawan, kecewa sebab kalah, perasaan tak puas hati.... semua ada..

Kami dalam kelab dah macam adik beradik memandangkan kami ni tak ramai pun. Jadi kami memang rapat la.

Jika sekarang ni kawan2 aku semua dah pakat dok lepas jawatan masing2 dalam kelab, dah xnak terikat ngan apa2.. Tapi tidak bagi aku, sbgai YDP kelab, belum masanya aku lepaskan kelab ni kerana aku masih diperlukan oleh ahli2 yang lain.

Sekarang ni pun banyak dah perancangan aku tuk kelab debat ni, tak campur ngn perancangan en.nizam lagi.. 

kadang2 kawan aku pun pelik macam mana aku boleh fokus dgn kelab lagi memandangkan skrg ni semua sibuk dengan FYP lg. tapi...... ntah la, aku tau aku boleh jadi aku teruskan.. Lagi pun macam aku cakap, aku sayangkan kelab ni.. 





Jika dia untukku~

 ~ HM ~

Kehebatan Cinta



Hatiku masih seperti dulu
Tidak pernah pun berubah cintanya
Adakah engkau masih sepertiku
Yang setia selamanya

Hatiku masih merinduimu
Biarpun kau jauh dariku
Selagi rindu mengusik kalbu
Cintaku masih padamu

Tahukah engkau betapa hebat cintaku
Tanpamu disisi aku keresahan

Tahukah engkau betapa hebat kasihku
Tanpa mu disisi aku kerinduan

Biarpun ombak merubah pantai
Kasihku tak akan hancur berderai
Biarpun hari berganti hari
Kau tetap ku nanti





Jika dia untukku~ 

~ HM ~

Friday, September 26, 2014

AKU DIA & UMK

Bila dah pagi2, bila semua orang dah enak dibuai mimpi, bila rumah pun dh sunyi daripada suara2 housemate, terasa nak menulis pulak. Lama rasanya tak singgah blog aku ni. Agaknya kalau la boleh nampak habus mesti teruk habuknya. hahahaha


27/09/2014 : 1.58 pagi


Entah kenapa malam ni banyak pulak kenangan yang aku imbau. Kenangan sekolah, kenangan matrik, kenangan di umk. Terlalu banyak kenangan untuk dikenang, tak kisah la kenangan pahit mahupun manis. Semuanya indah untuk dikenang sekarang.



Tiba2 aku rasa macam tak sanggup nak kehilangan sesuatu. Memandangkan aku pun dah sem7 sekarang ni, dah final year gtuh. Rasa macam sayu pulak hati aku malam ni bila fikirkan semua ni..


Kenapa dalam banyak2 benda mesti perkara tu yang terlintas di fikiran aku?? Aku xmintak untuk ingat lagi tp dia masih datang berlegar2 dalam fikiran dan hati aku ni. Aku terfikir agaknya masihkah ada peluang antara kami bila masing2 tamat pelajaran kelak. Dia pun dh nak habis master, aku pun dah nak habis degree..


Kenapa harus itu yang terlintas? Aku dh berjanji itu sepatutnya menjadi sejarah tp nampaknya aku tak berjaya menjadi itu sejarah. Walaupun aku dah cuba . Aku jadi sangat takut bila masing2 dah habis belajar kami akan putus hubungan. Masing2 bawak hal sendiri. Aku rasa tak sanggup nak berdepan dengan keadaan itu.



Kalau boleh aku nak dia sentiasa ada dalam hidup aku. Seperti mana dia ada dalam hidup aku selama 4 tahun di Umk ni,


UMK....
Disinilah kami berjumpa
Disinilah pertemuan pertama kami
Disinilah ikatan persahabtan terjalin antara kami
Disinilah gurau senda antara kami
Disinilah jugak tempat kami menimba ilmu bersama
Disinilah jua tempat kami mengasah bakat kami
Disinilah juga tempat kami sama2 berlatih
Disinilah jugaklah segalan kenangan antara kami wujud

Adakah disini juga kami akan berakhir??? Ya tuhan hanya padaMU sahajalah jawapannya ada,

Dia yang berjaya mencuri hati aku sejak semester 1 hingga kini sehingga aku rasa tidak ada orang lain dah. 


Mampu ke aku untuk tinggalkan kenangan kami disini?? 4 tahun dah berlalu, aku pun dah masuk tahun akhir, bakal tamat pengajian tak lama lagi. Dia juga bakal menamatkan pengajiannya tak lama lagi. Lepas tu .......??????????