About Me

My photo
Assalamualaikum.. Ini Dunia aku.. Ini Minat aku.. Kita semua berpijak di bumi yang sama, tapi kita punya dunia tersendiri. Walau siapa pun kita, jangan pernah lupa pada yang ESA .

Thursday, June 27, 2013

Sekadar Pinjaman

Assalamualaikum pembuka bicara untuk entry kali ini ..

4 November 2012 entry aku yg bertajuk Terima Kasih Ya Allah ^_^

Dalam entry yg cukup ringkas tu aku rasa bersyukur sebab dikurniakan sahabat@roomate@adikberadik yg melengkapkan hidup aku di menara gading

Di akhir entry tu aku titipkan 

TERIMA KASIH KERANA PINJAMKAN MEREKA KEPADAKU YA ALLAH :) AKU BERSYUKUR SANGAT2...

ye PINJAMKAN ... 

Hari ni genap 103 hari sahabat yg DIPINJAMKAN telah diambil semula oleh ILAHI 

15 MARCH 2013 bersamaan hari jumaat sahabat yg menjadi teman tatkala susah senang telah dijemput Ilahi.

Susah untuk aku terima semua ini pada mulanya, aku rasa mcm mimpi pada mulanya.

Namun bila aku muhasabah diri , aku sedar yang aku harus berpijak di bumi yang nyata. Aku perlu terima hakikat bahawa Allah dah menjemputnya terlebih dahulu daripada aku. 

Dah tiba masa untuk dia pergi jadi aku perlu untuk merelakannya , kerna pasti ada hikmah disebalik pemergian dia . 

Sesungguhnya yang pergi hanya jasad dia , tetapi kenangan bersama dia tidak akan pernah hilang dalam hidup aku untuk selamanya. Akan ku semat rapi dalam hati aku ini.

Terima Kasih Ya Allah sebab pinjamkan Nur Hamira bt Baharum pada aku walaupun hanya untuk seketika.

Semoga Arwah ditempatkan bersama orang2 yang beriman . Al-fathihah wat Nur Hamira Baharum dan keluarga yang terkorban dalam kemalangan maut di merapoh pada 15 March 2013 


No comments:

Post a Comment