About Me

My photo
Assalamualaikum.. Ini Dunia aku.. Ini Minat aku.. Kita semua berpijak di bumi yang sama, tapi kita punya dunia tersendiri. Walau siapa pun kita, jangan pernah lupa pada yang ESA .

Friday, February 8, 2013

Cuti Semesta 3 ~

cuti sem 
kali ni cuti sem aku sebulan dan aku mampu berehat dr sebarang aktiviti debat...
ini kali pertama cuti sem aku xda aktiviti debat...
Maka cuti sem kali ni aku mampu berada di rumah setiap hari bukan ..
Itu cukup bahagia kerna mampu menghabiskan cuti sem kali ni di rumah.

Jika sebelum ni,aku mmg tak keberatan untuk tinggalkan rumah .
Namun semenjak mak disahkan mengidap osteoarthritis. Sejenis penyakit tulang di bahagian lutut.

penyakit ini menyukarkan pegerakan mak. Mak sukar untuk berjalan sekarang ni , perlu menggunakan tongkat.

Kalau ikutkan nasihat doktor, mak perlu menjalani pembedahan untuk menggantikan tempurung lutut tu. Doktor akan gantikan dengan alat yang diperbuat dari silicon ke plastik , aku pun kurang pasti . Tapi kos pembedahan memang menelan belanja yang agak tinggi. Sedangkan di hospital kerajaan pun menelan belanja belas ribu kalau swasta tak payah cakap la.

pembedahan tu bila belum dapat kata putus, sebab mak masih ada 1 lagi appointment dengan doktor, dan appointment tu bulan depan. Aku pun xtau la apa yang bakal doktor bakal cakapkan.

yup, itulah yang merungsingkan aku sekarang ni , sebab tu lah, spnjng cuti sem kali ni aku mengambil alih tugas mak dalam rumah nie , aku xnak mak buat kerja2 seperti memasak , mengemas , beli barang dapur, pergi pasar  semua aku amik alik . Aku xsanggup nak biar mak buat kerja. Jika perlu keluar untuk beli barang sorang2 pun aku sanggup, sedangkan selama ni aku tak pernah keluar tanpa bertemam. Namun sekarang segala2nya dah berubah.

aku menjadi lebih berdikari tatkala cuti sem kali ni . Banyak perkara yang aku perlu pelajari lagi sebenarnya. Walaupun umur ku bakal menginjak 21 tahun hujung tahun ni , namun itu belum cukup untuk membuatkan aku berdikari sepenuhnya.

dan sekarang itu juga merunsingkan aku , xlama lagi aku bakal balik ke UMK untuk semesta 4 xlama lagi. Jika aku balik UMK , maka mak bakal tinggal sorang2 , abah susah nak harapkan , sbb dia pergi kerja. Mak tak berteman kat rumah nati . Runsing aku di buatnya. Ya Allah kau permudahkan la urusan harian mak aku Ya Allah. Kau lindungilah dia sewaktu aku tidak mampu untuk berada di sisinya Ya Allah. 

No comments:

Post a Comment