About Me

My photo
Assalamualaikum.. Ini Dunia aku.. Ini Minat aku.. Kita semua berpijak di bumi yang sama, tapi kita punya dunia tersendiri. Walau siapa pun kita, jangan pernah lupa pada yang ESA .

Wednesday, June 13, 2012

aku sayangkan kau wahai...????



aku sayang kau wahai ..?? hmm agak2 sapa ek..


tanggal 10 jun 2012 jam 9.00 pagi, aku ketemu dgn "seseorang".. walaupun pada mula2nya aku takut untuk berjumpa dgn si dia namun aku pasrah dgn apa yg bakal berlaku.. alhamdulilah di sepanjang pertemuan kita, aku gembira kerana engkau memberi kesenangan kepada aku, walaupun pada awal2nya kita ada perselisihan faham kejap, namun selepas itu kita kembali seperti biasa maklumla kita baru sahaja berkenalan kan.. aku bahagia kerana diakhir pertemuan kita, aku puas dgn apa yg telah aku lakukan.. dan aku tidak akan pernah menyesal, dan aku harap keputusan yg kita buat bersama adalah betul, terima kasih kerana membantu aku.. aku xakan lupa kenangan yang telah aku cipta bersama dirimu.. huhuhu


tanggal 13 jun 2012  jam 2.30 ptg aku berjumpa pula dgn "seseorang" yang mana aku mmg sayangkan dia.. situasi yang hampir sama dgn memori 10 jun namun pengisian serta kenangan yg tercipta adalah berlainan.. sejujurnya sewaktu aku inginberjumpa dgn si dia aku agak risau, walaupun aku telah lakukan apa yg sepatutnya aku buat sebelum berjumpa dgn engkau.. pada permulaan perhubungan kita aku gembira, aku berharap agar perhubungan kita mampu untuk bertahan lama, kerana aku sgt menyayangi dirimu, namun ditengah2 pertemuan kita aku dapat rasakan antara kita berdua terdapat sesuatu yg susah untuk diungkap, namun aku simpan dalam hati, bagi aku itu mungkin hanya perasaan aku..


namun nampaknya sangkaan aku mmg benar, kita mmg kurang keserasian, mungkin aku terlalu lembab untuk mengejar dirimu kerana engkau terlebih dahulu pergi meninggalkan aku, dan sejujurnya aku tidak mampu untuk mengejar dirimu lagi, dan akhirnya aku telah mengetahui pengakhiran perhubungan kita agak dingin... namun walau apa pun yg terjadi aku tetap sygkan dirimu smpai bila2...


namun selepas ini masih ada beberapa pertemuan yang aku perlu lalui, mungkin sejarah akan berulang..


mesti krunk ingt aku tgh bercerita tentang seseorang ( manusia kan) haha ..namun hakikatnya aku tgh bercerita mengenai minggu exam final aku , huhuhu


tanggal 10 jun, aku mengambil 1st paper iaitu bahasa inggeris ii dan alhamdulilah. manakala tanggal 13 jun aku mengambil 2nd paper iaitu marketing, sememangnya aku minatkan marketing, semua soalan aku ada jawapanya, namun disebabkan aku kesuntukan masa, aku tdak mampu untuk menghabiskan semua soalan, dan ini menyebabkan aku kehilangan 15 markah dgn begitu mudah ibarat air yg mengalir..


hmmm, sekarang ni aku sedang menduduki final exam sem 2, xlama lg aku akan jadi senior la kat UMK ni, dan nmpknya org tu pun bakal grad xlama lg, aku xsanggup la plak.. kalo dia smbung master kat umk pun bgus gak..

huhu, sekadar mengisi masa lapang, n hobbyku.. 

No comments:

Post a Comment