Alhamdulilah, mungkin tak terlambat untuk aku mengucapkan selamat berpuasakan..
kejap je, sekarang dah masuk hari yg ke 3..
Aku rasa bersyukur sangat sebab dpt berjumpa lagi dgn bulan yg penuh dgn barakah ini, ramadhan kali ini aku rasa bahagia, antara bulan yang aku nntikan pada thun ini, alhamdulilah aku masih diberikan rezeki untuk bertemu dgn bulan Ramadhan
Betul, banyak hikmah, ganjaran dan pelbagai lg nikmat yg Allah berikan pada kita di sepanjng bulan ramadhan ini, sebagai manusia kita kena berebut untuk dapatkan apa yg Allah dah berikan, jgnlah kita terlalu alpha dgn duniawi sehingga lupa pada akhirat
perbanyakkan lah amal ibadat disepanjang bulan ramadhan, moga2 kita mendpt ganjaran yg setimpal dgn amal yg kita lakukan, tp pastikan amal itu ikhlas kerana Allah tau!!!!
Insyallah, masih ada 27 hari lg.. moga2 kita sebagai hambanya dapat melakukan ibadah puasa ini dgn penuh keimanan dan ketakwaan kepada-NYA.. mudah2an.
setiap perkara yg kita lakukan dgn penuh keihklasan pasti akan mendpt ganjaranya.
akhir kata, semua yg diperkatakan di atas adalah untuk peringatan kepada semua termasuk diriku ini yg kadang kala turun melakukan kesilapan dan bermacam lagi. semoga kita semua dapat melaksanakan ibadah puasa ini dengan sempurna dan dengan penuh keihklasan
kerana Allah S.W.T ...
No comments:
Post a Comment