About Me

My photo
Assalamualaikum.. Ini Dunia aku.. Ini Minat aku.. Kita semua berpijak di bumi yang sama, tapi kita punya dunia tersendiri. Walau siapa pun kita, jangan pernah lupa pada yang ESA .

Monday, December 12, 2011

pengakhiran sem 1 di UMK

 PENGAKHIRAN SEM 1!!!!


perasaan apa yg patut ada bila baca tajuk kat atas ni??? suka, sedih, gembira, excited, xda perasaan, ok la ataupun ada yg lain?? hmmm apa plak yang aku rasa ek? sebenarnya mcm2 perasaan yang ada cuma sukar untuk diluahkan..


dengan pengakhiran sem 1 bermakna aku akan melangkah pula ke sem 2 kan, cepatnya masa itu berlalu, xsedar pun masa secepat ini pergi meningggalkan kita..patut la ada yg cakap masa tidak akan menunggu kita tp kita yg kena kejar masa itu supaya masa itu tidak lari menjadi perkara yg sia2.


banyak yg aku belajar sepanjang berada di UMK ni atau dlm kata lain sepanjang sem 1 nie la kan. walaupun baru sem 1 tp aku dapat rasakan yg aku bnyk berubah berbnding dulu..dh xda perangai mcm bdk2 hehe...melangkah ke alam universiti mengajar aku erti kehidupan yang sebenarnya, mengajar aku nilai persahabatan malah mengajar aku untuk tidak bergantung harap kepada sesiapa pun.


hari pertama aku melangkah ke universiti aku sudah terbayang siapa la yang akan jadi kawan aku dan untuk kali ini aku tahu yg bakal kawan2 aku terdiri drpd pelbagai peringkt umur...hahaha, mcm skema la plak ayat aku ni ha...  alhamdulilah aku mendapat kawan2 yang sporting, semuanya ok dgn aku..no hal la setakat ni dgn mereka.


lepas tu plak, aku ingt lagi bila kelvin cakap ada pertandingan debat rasuah..hmm aku trus nak masuk prtndingan nie tanpa pkir panjang..dan sejak aku masuk pertandingan tu aku pun mula la terlibat dengan kelab debat kat UMK ni.. aku ingt lagi masa first time aku nak join kelab nie aku call sorng akak yg ada call aku time pagi b4 prtndngan tu mula..

so aku call la dia nak tnya pasal kelab debat yang dia cakap..hehe, maka bermula malam itu aku sudah pun menjadi sebahagian daripada mereka. sememngnya bila aku join kelab ni aku kenal ramai senior.. tapi sejujurnya aku cakap aku memang seronok sangat dapat join kelab debat ni bersama senior2 umk. dan sejak join kelab ni maka aku pun kenal la dgn kak bad, abg arep, abg mus, najmi, shahir, priya ramai lagi la...di mana kami semua mempunyai persamaan iaitu kami semua suka debat!!!! hehehe..

sejak kenal diorang banyak ilmu pasal debat yang aku perolehi..alhamdulilah, mmg ini yang nakkan dari zaman sekolah lagi, tp sekarang baru dapat..aku ingt lagi apa kak bad n abg arep selalu cakap," kami nakkan komitment yang tinggi dr anda semua"  ye insyallah aku akan bagi komitment 100% sbb nie mmg dunia aku..lagipun untuk mendapatkan sesuatu nak kita nak mesti akan ada pengorbanan kan..jadi apa salahnya kau bekorban demi kelab debat sbb ini yang aku nak..stiap perkara yang aku buat adalah dtng dari hati aku snediri dan tak perlu untuk dipaksa sama sekali ok..

dan sekarang nie aku nak fokus pada final sem 1..dah xlama lagi da nie, tingggal beberapa minggu je..takut la plak bila nk dekat final nie..ntah mcm mana la jadi nantikan??? tp tu la yg penting sekrng niekena fokus btul2 tuk ulangkaji...xbole main2 dah..klo xnak sejarah berulang maka aku kena fokus 200% sekarang nie..hehe rasanya tu je la nak cete tuk kali ni..nanti2 kita cerita lagi ok!!!

sekian dulu untuk entry kali ini, wasalam^_^


No comments:

Post a Comment