About Me

My photo
Assalamualaikum.. Ini Dunia aku.. Ini Minat aku.. Kita semua berpijak di bumi yang sama, tapi kita punya dunia tersendiri. Walau siapa pun kita, jangan pernah lupa pada yang ESA .

Sunday, June 5, 2011

coretan sempena hari bapa...!!!!!

KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA KASIH AYAH SEPANJANG MASA

inilah ungkapan yang selalu kita sebut atau dengar setiap tahun apabila tibanya hari ibu atau hari bapa....
sungguh besar jasa mereka terhadap anak2 yang dikasihi sepenuh jiwa dan raga...
kasih seorang ibu dan ayah mmg tiada gantinya,dan kasih mereka juga tidak mampu untuk di nilai dengan wang ringgit...mereka sanggup berkorban demi anak-anak serta memastikan anak2 mendapat yg terbaik dr mereka....
kasih ibu membawa ke syurga....
oh ibu!!!!!!!!!!

bayangkanlah betapa besarnya pengorbanan seorang ibu mengandung 9 bulan kemudian bertarung dengan maut bagi melahirkan kita ke dunia yg serba indah ini..lepas itu mendidik dengan penuh kasih dan sayang..ditatang bagai minyak yang penuh..sehingga kan untuk menjentik anak pun tidak sampai hati..inikan pula untuk memukul.
sanggup berjaga di waktu malam takala orng lain enak dibuai mimpi semata2 untuk menjaga anak yang sedang sakit..mmg tidak terbalas segala pengorbanan yg penah ibu kita lakukan..jika dulu seorang ibu boleh menjaga 8 orng anak dlm satu masa, tp persoalannya kini mampukah 8 orng anak td menjaga seorng ibu???apa pendapat anda...mungkin ada yg mampu dan ada juga yang tidak kan..fikir-fikirkanlah....

kasih ayah sepanjang masa....
oh ayah!!!!!!!!!

aku tau jauh di sudut hatimu terselit perasan kasih dan sayang terhadap seorang insan bergelar anak walaupun luaranmu tegas dan garang...ayah mana yang tidak sayangkan anak, keturunannya...mungkin kasih sayang seorang ayah susah sedikit untuk dilihat berbanding dgn ibu tp percayalah mereka sebenarnya mengasihi anak2 mereka...setiap hari membanting tulang mencari rezeki bagi menyara keluarga tercinta, tidak pernah engkau mengeluh ah penat la arinie, ish nak berhenti keje la xtahn tiap2 ari penat bekerja duduk rumah lagi bagus...tidak pernah mereka berkata begitu kerana demi keluarga mereka sanggup melakukan ape sahaja..bayangkanlah seorang ayah yg kepenatan baru sahaja pulang ke rumah..ingtkan boleh la berehat tp tiba2 datang anak lalu merengek meminta mainan baru,jalan2 dan bermacam2 lagi..si ayah yang kepenatan itu tidak sampai hati untuk memarahi anak tersebut apabila memandang wajah anak yg dikasihi itu...lalu si ayah melayan sahaja kehendak anak itu dan tidak mempedulikan kepenatan yang sedang ditanggungnya..baginya kebahagiaan anak2 adalah segala2nya...anak merupakan harta yang paling indah dan juga bernilai yang telah diberikan oleh tuhan...

ape yang telah dilakukan oleh orang tua kita bukanlah sesuatu yang boleh dipandang sebelah mata..apa yang mereka lakukan adalah sesuatu yang amat bernilai yang datang dari hati yang ikhlas tanpa mengharapkan apa2 balasan drpd anak2 mereka...mereka lakukan ini semua demi masa depan anak2 serta bagi menjamin kebahagiaan keluarga..sebagai anak perlulah untuk kita menghargai jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan mereka..jgnlah sia2kan mereka sementra mereka masih ada di dunia ini..berilah mereka kasih sayang anda seperti mana mereka pernah lakukan dahulu ketika kita masih kecil..mereka hanyalah pinjaman drpd tuhan,apabila tiba masanya mereka akan pergi buat selama2nya...


note: sempena hari bapa ini, marilah kita menyambutnya bagi menghargai jasa dan pengorbanan ayah kita..sambutlah secara sederhana,tidak perlu besar-besaran hingga menyebabkan pembaziran ok!!!:)
akhir kata SELAMAT HARI BAPA kpd semua bapa2 di luar sana  dan juga kpd abah saya yg tersayang Md.dali bin mahalan......

No comments:

Post a Comment